Monday, March 21, 2011

'Tuhan Angin' bernilai RM3 Juta


Pengeluar kereta berprestasi tinggi Itali, Pagani Automobili SpA memperkenalkan jentera terbarunya, Huayra yang mampu menghamburkan 700 kuasa kuda (hp) Difahamkan jentera itu akan dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini dan dijangka dijual AS$1 juta dollar (RM3,087,000) melalui rangkaian pengedarnya.
Pada bulan lalu, Pagani mempamerkan gambar jentera dua tempat duduknya selepas kejayaan mencipta model terdahulu iaitu Zonda.

Huayra diambil sempena nama tuhan angin iaitu Aymara Huayra Tata bagi kepercayaan masyarakat Amerika Selatan yang dikatakan mengawal angin, taufan dan ribut salji.

Nadi jentera berkenaan adalah enjin Mercedes-Benz AMG dengan sesaran 5,930cc dan dibantu bantuan dua pengecas turbo untuk menghasilkan kuasa yang mengagumkan.



Ia direka dengan unik dan menggunakan enjin ringan yang menghamburkan 700 hp, manakala lebih 1,000 Nm bagi kuasa kilas (tork).


Jentera yang dihasilkan selepas bekerja bertungkus-lumus selama tujuh tahun itu dinamakan C9 sebelum kemunculannya buat kali pertama melalui kereta konsep pada 2003. Huayra dibina dengan lebih 4,000 komponen tidak termasuk enjin dan kotak gear yang dicantumkan dengan menggunakan kreativiti, kesabaran serta kerja berpasukan.

Saiznya pula lebih panjang 40 milimeter (mm) dan mempunyai banyak ruang berbanding Zonda. Jentera itu dibina dengan menggunakan karbon titanium dan dipadankan pintu terbuka ke atas untuk memasuki ruang kokpitnya.

Berat keseluruhan kenderaan itu adalah 1,350 kilogram (kg), manakala sistem ekzos dibina menggunakan titanium dengan kurang 10kg.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...