Friday, March 1, 2013

PENCEROBOHAN TENTERA SULU DI SABAH



Lahad Datu ,Seramai 12 orang anggota penceroboh yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dan 2 anggota Pasukan Gerak Khas VAT 69 maut manakala tiga anggota VAT 69 cedera sebaik bertempur dalam kejadian di Kampung Tandau pagi tadi.


Dianggarkan penceroboh seramai 80 hingga 150 orang dan sebahagian daripada mereka bersenjata. Difahamkan,tembakan awal di lepaskan penceroboh kira kira 10 pagi,menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa membalas tembakan untuk mempertahan kan diri masing masing.

Pesuruhjaya Polis Sabah ,Datuk Hamza Taib berkata Pasukan keselamatan sudah melakukan sebaiknya termasuk perbincangan ,memberi masa untuk menyerah diri dan makanan tetapi mereka masih berkeras.Kami tiada pilihan lain selain terpaksa bertindak.

Beliau berkata ,dalam pertempuran itu ,pihak berkuasa turut berjaya merampas masing masing 2 laras m-16,rifel semi -auto,pistol,satu peluru pelancar roket,kelopak dan beg pakaian.Operasi masih diteruskan sehingga kini dan keadaan masih terkawal.

*Mereka yg terkorban adalah Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin. Al- Fatihah untuk pejuang negara semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah..Amin ! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...