Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
2011: Gempa bumi berukuran 8.9 di Utara Jepun angka korban belum disahkan
2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
animasi tsunami 26 Disember 2004
1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
p/s Manusia boleh membuat andaian melalui sains & teknologi, Tuhan lebih mengetahui sebab dan musababnya.. Renung renungkan.
No comments:
Post a Comment