Monday, March 14, 2011

Tsunami di Jepun Gugat Ekonomi Dunia

Pakar ekonomi antarabangsa meramalkan bencana tsunami akan memberi kesan kepada kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu yang kini perlu merangka semula pembangunan ekonominya secara meluas.

Tahun 2011 yang baru masuk bulan ketiga, nyata tidak banyak membawa berita gembira. Pergolakan dan perang saudara di Libya memburukkan suasana, ditambah pula perkembangan terbaru di Jepun.

Rasa khuatir pasti berganda jika mengambil kira ramalan pakar ekonomi kita, Prof Dr Barjoyai Bardai yang tidak pun berselindung untuk mengakui apa yang berlaku di Asia Barat dan utara Afrika pasti mengundang kesan negatif.

“Ketika krisis di Asia Barat, ramai yang bimbang. Kekacauan di Libya menyebabkan harga minyak naik dan kesannya akan turut menyebabkan kos sara hidup meningkat. Kini berlaku pula bencana di Jepun, sudah tentu kesan besar akan dirasai ekonomi dunia dan tempiasnya juga akan turut dirasai negara kita.

“Fenomena itu mampu meningkatkan kadar inflasi serta memperlahankan pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

1 comment:

ButikUmmi said...

salam kenal..
lwt2 la blog sy yea..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...