Tuesday, September 20, 2011

'Geng Dol' Tumpas

sarip dol - samseng kampung dusun
(gambar hiasan)


Empat lelaki warga asing dipercayai anggota "Geng Doll" mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan, berkata menerusi kejadian itu, pihaknya juga percaya berjaya menyelesaikan 18 kes samun bersenjata di beberapa daerah di negeri tersebut. Mengulas kejadian 9.30 malam itu kepada media, di sini, hari ini, Shukri berkata, sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta yang dinaiki empat lelaki terbabit yang kemudian memecut apabila dihampiri kenderaan polis. "Kereta itu kemudian melanggar bahu jalan dan cuba mengundur dengan laju sebelum melanggar kereta pasukan polis.

"Seorang daripada lelaki berkenaan kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah kereta polis semasa kereta polis itu cuba menghampiri kereta suspek untuk melakukan tangkapan," katanya.

Beliau berkata, tiga lagi suspek kemudian keluar dari kereta tersebut dengan bersenjatakan parang panjang dan cuba menyerang anggota polis.

Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan balas bagi mempertahankan diri dan kesemua suspek mati di tempat kejadian, katanya. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...