Cara Mengelak Beg Diragut Atau Bahaya Semasa Ragut
Kita cenderung berlawan atau menyelamatkan beg apabila di ragut sampai terlupa keselamatan kita.
Untuk keselamatan diri kita ,gunakan teknik tiga jari untuk menarik beg anda,jangan mengunakan semua jari anda,mengikut satu kajian jika anda menggunakan kesemua jari anda menyebabkan badan anda terdorong kearah penjenayah dan lebih malang anda akan terheret sekali.
Untuk mengelakkan anda kehilangan kesemua skali harta anda pastikan telefon dan kunci di dalam poket seluar anda,ini kerana jika berlaku kejadian yang tidak di ingini anda masih mempunyai telefon untuk menghubungi bank untuk menyekat kad kredit anda dan kunci kereta untuk pergi ke balai polis untuk membuat laporan .
Kesilapan yang selalu di buat ramai orang apabila mengayakan beg dengan double style,tali silang di dada,kononnya untuk menyelamatkan beg apabila diragut.sebaliknnya yang berlaku,anda mungkin diseret penjenayah yang tetap berkeras untuk mendapatkan beg tersebut.
Semasa keluar dari rumah pastikan anda membawa sedikit wang,dan lebih menggunakan kad debit atau kredit untuk membeli belah,,dan jika berlaku apa2 anda tinggal telefon bank untuk tutup akaun anda dan harta anda masih selamat
ingat nyawa anda lebih penting berbanding harta anda.
No comments:
Post a Comment