Monday, July 25, 2011

SOLAT DHUHA Murahkan Rezeki, Menolak Kepapaan



Solat Sunat Dhuha 
 
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur
 
Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di  lautan.

Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.

Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain.  Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang terbaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.


Surah Dhuha

Harapan semoga selepas ini kita semua akan mengamalkan solat sunat dhuha pada setiap hari insyaAllah, tak boleh setiap hari dapat seminggu sekali, tk dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tk boleh sebulan sekali setahun sekali tak dapt setahun sekali seumur hidup sekali pun jadilah…

Wassalam

source : http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com

11 comments:

zaitun @ kak tun said...

info yg sangat bagus...minta izin utk share boleh?

Haszrol said...

tiada halangan... benda yg baik haruslah dipanjang panjangkan... :)

sue_jb said...

terima kasih sahabat ttg info ini..mudah rupenye utk melakukan solat dhuha ini..tetapi selalunya sukar utk ditunaikan kerana kita terlalu sibuk mengejar keduniaan..insyaAllah akan mula mengamalkan nya..terima kasih..

Haszrol said...

@sue_jb
saya setuju sangat...
dunia dan akhirat perlu seimbang...
solat dhuha ni untuk dunia juga kalau difikirkan balik... :)
ahirat dapat dunia pun dapat...

bahtera hidup said...

alhamdulillah, terima kasih atas peringatan ini. sememangnya ia telah menjadi amalan. memang sedang merasai kemanisannya.

saya ingin berkongsi sedikit lagi tips, kita tambahkan lagi sengan solat tahajjud dan sedekah. jika diamalkan setiap hari, insyaAllah selepas 40hari, akan dipermudahkan urusan dan rezeki. tapi perlu diingatkan, setiap amalan perlukan dibuat kerana Allah, bukan kerana nakkan rezeki yang melimpah ruah.

wallahua'lam

Haszrol said...

@bahtera hidup

thank you for sharing... :)

yusuflaili(Goku) said...

Salam Ramadhan;
Sama2 kita kearah jln Allah..mudah2han!!

Abang Long said...

Salam...info yg menginsafkan. Menjadi refresher kepada yg telahpun tahu dan menjadi suatu ilmu berguna kpd yg masih tidak tahu...

Latest entry Berdakwah Perlu Berilmu

~ selowmelor ~ said...

minta di kongsi ye :)

Haszrol said...

@azryang

dipersilakan share...

Haszrol said...

@yusuf Laili
@Abang Long

: terima kasih banyak2..
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
hati2 memandu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...