Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. “Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.” : Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =) Hanya sekadar renungan.... source MATBAGERO cari Forum |
Monday, August 1, 2011
13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
nie nak kata buta hati dah kot..neway thanks ya sbb follow blog sy..sy dah msukkan blog nie di ruangan followers 4 di blog sy..=)
terbaik entry nih (:
@Faiz @aien perkongsian ikhlas, tegur2 menegur untuk kebaikan :)
@Robocop setuju sangat
this is good. actually ramai perempuan tanak tutup dan tidak mahu tutup betul2. pakai scarf je la. leher nampak. mm macam2. teguran yg sgt bagus ;)
harap2 ada yang menerima entry ni dengan hati yang ikhlas kan
@mommynana biasanyer kes macam tu hanya nak ikut fashion semasa
@sabree hussin betul tu... memang susah nak puaskan hati semua orang...
betul tu.. menutup aurat tu wajib.. tapi tak tau la kite ni pakai tudung secare sempurana tak..
@khadijah
yang wajib tetap wajib.. cuba sehabis baik.. kesempurnaan Allah tentukan...
InsyaAllah
this is the best post I ever read!
good job dude~
@Yasmin Khairani
thank you very much... :)
~tepuk dada tanya iman...~
@Saridah
Keimanan perlu dipupuk dan dipelihara... :)
tudung itu wajib pakai kn..nk x nk. tp pakai tudung kn ayu.. :)
@Aida Omar
thanks support post ni :)
mmg bgus info ni..susa nk nsihat org..kalau nsihat cara biasa,org buat xtau je..
@intan
Perkongsian ini untuk renungan..
kaedah menegur perlu disesuaikan :)
good info.hehehe
@hardy boy
terima kasih
terbaek isinya... mudahan mereka yg blom menutup aurat tu segera lah berbuat demikian... dan sesungguhnya aurat tu jugak bukan jer bertudung... malah elakkan berpakaian ketat2... nih pakai tudung tp baju ketat nak mamposss~~~
@Rohaizam Rosli
betul tu selain tudung dan kaedah pemakaian
suara juga termasuk dalam aurat wanita...
terima kasih kerana support... :)
mohon kbnran nk share :)
@mine :))
ok.. di alu-alukan
nice post.. (^_^)
nice p0st..^^
@SarahSuhaimi
@ABC
Terima kasih banyak-banyak kerana support
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
sharing is caring (:
nice article...i will tell my friend about this...thank you!!
penulis asal ni dari solihinzubir.com harap credit kepada dia...penat dia tulis...
entri yg sngt bagus....mohon share boleh???
Firman Allah...
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuyhnya (semasa mereka Keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) allah adalah maha pegampun lagi maha mengasihani"
(Al-Ahzab : 59)
mohon kebenaran share artikel ni :-)
oh ho.sangat lah bagus.kalau nak copy sikit boleh?nak sebarkan kebaikan kpd org lain..
thank infonya new here play game free
www.yuliusgames.blogspot.com
Post a Comment