Monday, March 21, 2011

Gelombang Kedua Odyssey Dawn Mengorbankan 64 Nyawa

Ruang angkasa Libya sekali lagi dihujani peluru berpandu selepas Tentera Bersekutu melancarkan gelombang kedua awal pagi tadi.

Jumlah korban pula dilaporkan terus meningkat kepada 64 nyawa dan lebih 150 yang lain cedera, kebanyakannya terdiri daripada orang awam.

Amerika Syarikat, selain Britain, Perancis, Itali dan Kanada yang menyertai Tentera Bersekutu, menyifatkan operasi 'Odyssey Dawn' menentang tentera Muammar Gadhafi, berjaya.

Kenyataan itu susulan pengumuman genjatan senjata oleh pihak tentera Libya petang semalam.

Pemantauan melalui radar tidak mengesan sebarang aktiviti udara selepas serangan yang bermula semalam.

Washingston dalam satu kenyataan menyatakan, serangan berkenaan tidak sama sekali disasarkan ke atas Gadhafi.

Namun, tidak memberi jaminan keselamatan ke atas pemimpin Libya itu.

Serangan udara berkenaan mendapat kritikan daripada pemimpin Liga Arab, Amr Moussa yang mempersoalkan penggunaan senjata berat sehingga membunuh ramai orang awam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...