Monday, March 21, 2011

Kos Bina Semula Jepun Dijangka US$235 bilion

Bank Dunia menjangkakan kos pembinaan semula  bencana di Jepun akan meningkatkan sehingga 235 bilion dolar dan akan mengambil masa 5 tahun untuk dibangunkan semula.

Bencana yang dianggar telah mengorbankan 18 ribu orang itu akan mengikis 0.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.

Menurut laporan Bank Dunia, kerosakan dan kemusnahan infrastruktur di luar jangkaan dan tempoh pembangunan akan berlanjutan pada suku akan datang sehingga 5 tahun. 

Tambah Bank Dunia, kemusnahan dijangka antara 123 hingga 235 bilion dolar .

Dari angka itu, kos kepada pihak swasta insuran antara 14 hingga 33 billion dolar .

Manakala kerajaan pula akan membelanja 12 bilion dolar untuk pembinaan semula infrastruktur menerusi bajet  negara dan akan meningkat dari masa ke semasa.

Dalam aspek lain,  untuk jangka pendek Jepun menjangka permintaan barangan dan pengeluaran akan menurun dan menjejas perdagangan serantau.

Dan ini akan menyebabkan harga cip komputer akan naik 20 peratus manakala barangan komponen kenderaan dari Jepun akan terjejas bulan depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...