Monday, March 21, 2011

Kanak-Kanak Maut Kena Renjatan Elektrik Dari Sebuah Tiang Lampu




Seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan, ketika sedang bermain di padang berhampiran rumahnya.

Kejadian berlaku di Taman Batu 3, Shah Alam, petang kelmarin.

Bapa mangsa, Mohd Marzuki Muda berkata, kejadian berlaku ketika anaknya Muhammad Naquiddin, 11 tahun sedang bermain bola sepak bersama rakan di padang berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira 6:50 petang itu, dia terus ke tempat kejadian sebaik diberitahu Naquiddin terkena renjatan elektrik.

Dia mendapati anaknya sudah tertiarap dengan sebelah kakinya melekat pada tiang lampu di padang itu.

Naquiddin kemudian dihantar ke Hospital Pakar KPJ Shah Alam untuk bantuan kecemasan termasuk CPR namun tidak berhasil dan anaknya disahkan meninggal dunia.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...