Sunday, March 20, 2011

Puluhan Terkorban Serangan Mengejut Ke Atas Libya



Stesen Televisyen Libya melaporkan 48 terkorban manakala 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu ke atas Libya, jam tiga pagi tadi waktu Malaysia.

Sumber diperolehi daripada tentera Libya.

Kebanyakan mangsa korban serangan mengejut selepas zon larangan terbang dikuatkuasakan adalah kanak-kanak.

Tentera Amerika Syarikat dan Britain mula melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari kapal perangnya.

Sekurang-kurangnya 112 roket Tomahawk dilancar bagi melumpuhkan pertahanan udara tentera Presiden Muammar Gaddafi.

Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu roket Tomahawk itu dilancarkan kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.

Roket pertama ditembak jam tiga pagi tadi waktu Malaysia diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Perancis ke beberapa sasaran di timur yang dikuasai pemberontak.

Jet pejuang Britain turut berbuat demikian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...