Wednesday, March 30, 2011

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Pegawai kanan kastam suami isteri ditahan dalam serbuan serentak besar besaran SPRM semalam.

Wang ratusan ribu ringgit ditemui di rumah mereka. Kedua duanya dipercayai terbabit dalam pelakuan jenayah rasuah bernilai bilion ringgit.

DATUK MUSTAFAR ALI / PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN SPRM
Dalam masa yang sama kita mengambil tindakan isu-isu rasuah yang adanya pakatan-pakatan, seperti yg saya sebutkan tadi kita jumpa duit berselerak, selerak, bersepah-sepah di rumah pegawai kastam di rumahnya, berjumlah ratusan ribuan ringgit.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, serbuan dilakukan serentak di seluruh negara.

Ia membabitkan 84 buah syarikat agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 buah anak syarikatnya. Turut diserbu, 25 buah premis Kastam Diraja Malaysia.

Kesemuanya dipercayai terbabit dalam pengisytiharan dibawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan, serta aktiviti pengubahan wang haram, termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara.

Operasi diketuai SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara serta beberapa agensi penguatkuasaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...