Sunday, March 27, 2011

Isu INTERLOK Selesai, Frasa 'Paria' Digugurkan

 
Frasa 'kasta paria' dalam novel Interlok kini digantikan dengan frasa 'golongan yang sama'.

Hanya 19 perkara daripada 106 cadangan dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India berhubung kemelut isu Interlok karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussein.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bermakna sebanyak 87 perkara lagi tidak berkaitan dengan isu pokok seperti yang dicadangkan oleh masyarakat India sebelum ini.

Ketetapan itu dipersetujui dengan mengambil kira perkara-perkara berbangkit yang telahpun diperhalusi panel bebas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran: Pada mesyuarat ke-3, panel bebas telah mencapai kata sepakat untuk menggugurkan frasa "kasta paria" dalam novel ini dan menggantikan dengan frasa "golongan yang sama". Alhamdullilah cadangan suntingan ini telah dipersetujui oleh penulis sebagai pemegang hakcipta dan untuk itu kerajaan merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada penulis di atas kemurahan hati beliau membenarkan karya sastera ini disunting."

Berhubung isu lain dibangkitkan wakil masyarakat India dalam panel bebas yang mengemukakan kepada kerajaan sebanyak 106 bentuk cadangan pindaan lain untuk dipertimbangkan, Tan Sri Muhyiddin berkata, 19 perkara sahaja yang boleh dianggap sensitif.

3 daripadanya berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai.

Ini kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya.

3 comments:

Ronaldmohoni said...

No komen :)

kidblogger said...

bukan pria...pria tu maksudnya jejaka muda. yg dibahaskan tu "Paria" iaitu kasta paling rendah dlm kaum India

moneymakergroup said...

ops tersilap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...