Wednesday, September 7, 2011

Arsenal Tanpa Samir Nasri, Cesc Fabregas



LONDON: Andrey Arshavin mendakwa kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri bakal menjadi ‘malapetaka’ buat Arsenal dan menegaskan kedua-dua pemain itu sukar dicari ganti. Arshavin, dalam temubual dengan akhbar Russia berkata, Arsenal kini terpaksa bermain dengan corak berbeza walaupun selepas menandatangani bekas pemain Everton, Mikel Arteta. “Buat masa ini, kehilangan Fabregas dan Nasri adalah malapetaka,” kata Arshavin.

“Melihat kepada perlawanan menentang Udinese, saya berkata kepada (Nicklas) Bendtner bahawa tiada seorang di kalangan kami mampu membuat hantaran tepat kepada Robin van Persie atau lebih ideal kepada penyerang lain.

Dia tersenyum dan menjawab: “Ya, pemain yang hanya mampu menggantikan Cesc adalah Xavi.”

“Saya begitu bangga kerana dapat bermain dalam satu pasukan bersama Fabregas – dia benar-benar seorang pemain yang hebat.

“Apabila orang berkata tiada siapa mampu menggantikan tempatnya, saya tidak bersetuju. Dengan (Mikel) Arteta atau siapa saja yang menggantikan tempatnya, kami terpaksa bermain dengan corak berbeza, tidak seperti dengan Cesc dan Samir.”

Bos Arsenal, Arsene Wenger menjual Nasri dan Fabregas pada musim panas dengan gabungan harga 60 juta pound (RM294 juta) tetapi Arshavin yakin kelab itu gagal mendapat pemain pilihan bagi menggantikan mereka. – Agensi

1 comment:

APAN said...

haha...kesian kat arsenal ma...pengganti pun mmg bukan setanding dengan febreagas ngan nasri tuh.tengok 2 orang tu skang, semakin menonjol lak kat kelab baru....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...