Monday, September 19, 2011

Mail Brahim Simpan 30 sen Sebulan Untuk Tunai Haji


Mail Brahim, 77, menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini. 

Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya. 

Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.


“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

6 comments:

adanaberkat said...

istiqomahnya pakcik ni..kalau hendak seribu daya...taniah kerana tak salahkan orang lain kerna kemiskinan..

Aina Shafiqah Shaidi said...

SOLUTE :D

Karya Hati said...

bilalah nk buleh abah mak g..huhuhu

Nurul Ashikin said...

kagumnya dengan kekuatan hati pakcik MAIL

Anonymous said...

sikit-sikit lama-lama jadi bukit ya dak ??^^

Unknown said...

wah ! cekalnya pakcik tu..agak2 berapa lah wang dia tu ya. Syukran alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...