Saturday, October 8, 2011

Bandar Beracun - Shah Alam, Putrajaya, Nilai, Tanjung Malim



Penduduk di Shah Alam, Putrajaya, Nilai, dan Tanjung Malim diancam pencemaran udara akibat daripada asap kenderaan berlebihan dimana boleh mengubah status Bandar selamat kepada Bandar beracun.

Manakala Bandar yang membimbangkan ialah Seberang Jaya (Pulau Pinang), Kemaman (Terengganu), dan Johor Baharu. 

Tidak terkecuali bandaraya seperti Kuala Lumpur juga akan mengalami pencemaran udara kritikal menjelang 2020 berdasar statistic peningkatan jumlah kenderaan iaitu sebanyak 7% setahun.

Sama ada ia dianggap keterlaluan, mencemaskan atau menakutkan, namun itulah realitinya.

Faktanya, kajian sekumpulan pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, gas ozon permukaan di Lembah Klang mencatat 160 bahagian per bilion (ppb) berbanding 100 ppb seperti disarankan.

Gas atau bahan kimia tersebut terhasil akibat kandungan udara dipenuhi nitrogen dioksida (NO2) bertindak balas dengan cahaya matahari.

Lebih menakutkan, kajian perubatan menunjukkan pernafasan secara berterusan selama beberapa jam dalam kualiti udara sedemikian boleh mengganggu sistem pernafasan serta menghalang proses fotosintesis daripada berlaku.

3 comments:

Haszrol said...

Persoalannya adakah sistem penggangkutan awam di negara ini setanding dengan negara negara maju di dunia?

Jika dilihat kepada standard pengangkutan awam di Malaysia, ia masih menggambarkan bahawa sistem atau kemudahan infrastruktur pengangkutan awam masih ditahap yang tidak memuaskan kepada pengguna jalan raya khususnya untuk orang awam berbanding negara-negara membangun mahupun dikalangan negara maju.

arituarini said...

tnjung malim bandar kecik pas tu kereta melambak.. sejak ada komuter lagi la.. kena besarkan sikit..hehehe

Budak Nakal said...

tanjung malim????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...