Saturday, March 26, 2011

Blogger Yang Kaya



kita blogger yang kaya dengan pandangan masing2,meluahkan apa yang tak puas hati hehe best pulak baca kosmo..memuji blogger "Blogger bukti rakyat bebas bersuara"



KUALA LUMPUR - Kewujudan lebih dua juta blogger di negara ini membuktikan kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan hakikat itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, blog yang dikenali sebagai media baru itu membolehkan rakyat melontarkan pandangan dan kritikan terhadap sesuatu isu.

"Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kerajaan tidak mengamalkan kebebasan bersuara (media). Jumlah blogger yang semakin ramai kini membuktikan kerajaan memberi ruang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat masing-masing.

"Saya lihat blog di negara ini memiliki acuan tersendiri dan ia berbeza dengan amalan negara lain kerana media kita mengikut lunas perlembagaan dan perundangan," katanya.

1 comment:

sabree hussin said...

well malaysian blogger ni banyak yang terikut-ikut dengan arus semasa.. orang ada blog sendiri pun nak ada blog (termasuk la saya jugak) yang konon2nya tak mau ketinggalan dengan perubahan masa dan gaya..


tapi walau apa pun .. semoga apa yang ditulis tu, biarlah ada manfaat buat sekalian umat manusia.. dan pada diri penulis blog tu sendiri jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...